Saturday, April 4, 2015
Pulau Carey Trail
Pulau Carey, sebuah pulau yang terletak berhampiran dengan Banting & Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Terletak di pulau ini ialah Pusat Penyelidikan Sime Darby, Ladang Sime Dareby dan juga Perkampungan Orang Asli Sungai Judah.
Perkenalan pertama saya dengan pulau ini adalah semasa latihan industri di sebuah firma ukur tanah. Pada masa itu saya terlibat dalam kerja pengukuran laluan R.O.W (Right of Way) lebuhraya SKVE bagi pihak Sime Darby.
Kali ini saya kembali semula ke pulau ini bukan untuk tujuan ukur tetapi untuk menghabiskan larian. Keunikan pulau ini ialah terdapat sebuah jalanraya yang lurus dan jauh.
Titik permulaan larian ini adalah di Pondok Pengawal Pusat Penyelidikan Sime Darby. Tempat ini sesuai untuk menumpang motorsikal sementara anda menghabiskan larian anda.
Pemandangan sepanjang perjalanan adalah tanaman kelapa sawit.
Walaupun pulau ini terdapat banyak ladang kelapa sawit. Ia juga terdapat sebuah kelab golf.
Jalan yang telah rosak dan telah dibaiki. Cuma yang menjadi persoalan, dari universiti manakah Jurutera Daerah yang terlibat dalam proses pembaikan. Kualiti pembaikan memang memalukan.
Jalan yang sangat lurus. Jalan sebegini boleh menduga mental anda kerana semakin anda lari semakin jauh garis penamat. Ia seperti langsung tidak kelihatan.
Seorang pak cik menebar jala beliau.
Perkampungan Orang Asli Sungai Judah. Tiada kesempatan untuk meluangkan masa untuk melawat perkampungan ini. Mungkin untuk larian akan datang.
Saat yang cukup melegakan pelari ialah penamat. Kita berhenti bukan kerana kita penat tetapi hanya bila kita tiba di penamat.
Pantai yang terbentang luas. Selat Melaka.
Labels:
Kuala Langat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment