Saturday, April 4, 2015
Kg. Sungai Tekali Trail no.2
Kg Sungai Tekali, sebuah perkampungan di daerah Hulu Langat. Terletak pada laluan antara Pekan Batu 14 Hulu Langat dan Empangan Semenyih. Kg Sungai Tekali ini merupakan satu kawasan yang masih berlum terusik dengan pembangunan. Oleh itu pemandangan yang cukup semula jadi dan hijau adalah tarikan utama untuk berlari di sini.
Masjid Kg Sungai Tekali ini merupakan starting point kerana banyak kemudahan sebelum memulakan larian. Yang paling penting, menyediakan parkir yang selamat untuk penunggang motorsikal, macam saya.
Suasana desa di kampung ini menyajikan pemandangan semulajadi yang terdiri dari dusun pokok buah-buahan dan juga kebun getah milik penduduk.
Sungai Tekali, sebuah anak sungai kecil semulajadi.
Antara cabaran larian kali ini ialah gangguan dari anjing yang setia menjaga rumah tuannya.
Semasa laluan, terdapat sebuah pusat jagaan Kristian. Jauh di pedalaman.
Dalam perjalanan pulang, terasa seperti di perhatikan. Rupanya.......
Labels:
Hulu Langat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment