Saturday, April 4, 2015

Pulau Carey Trail


Pulau Carey, sebuah pulau yang terletak berhampiran dengan Banting & Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Terletak di pulau ini ialah Pusat Penyelidikan Sime Darby, Ladang Sime Dareby dan juga Perkampungan Orang Asli Sungai Judah.

Perkenalan pertama saya dengan pulau ini adalah semasa latihan industri di sebuah firma ukur tanah. Pada masa itu saya terlibat dalam kerja pengukuran laluan R.O.W (Right of Way) lebuhraya SKVE bagi pihak Sime Darby.

Kali ini saya kembali semula ke pulau ini bukan untuk tujuan ukur tetapi untuk menghabiskan larian. Keunikan pulau ini ialah terdapat sebuah jalanraya yang lurus dan jauh.




Kg. Sungai Tekali Trail no.2


Kg Sungai Tekali, sebuah perkampungan di daerah Hulu Langat. Terletak pada laluan antara Pekan Batu 14 Hulu Langat dan Empangan Semenyih. Kg Sungai Tekali ini merupakan satu kawasan yang  masih berlum terusik dengan pembangunan. Oleh itu pemandangan yang cukup semula jadi dan hijau adalah tarikan utama untuk berlari di sini.


Masjid Kg Sungai Tekali ini merupakan starting point kerana banyak kemudahan sebelum memulakan larian. Yang paling penting, menyediakan parkir yang selamat untuk penunggang motorsikal, macam saya.